suria

Penduduk Rumah Panjang Di Julau Nikmati Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar

KUCHING: Penduduk rumah panjang di Nanga Bekiok, Merurun, Julau akan menikmati perkhidmatan internet tanpa wayar apabila Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melancarkan Kampung WiFi di Rh. Guntol pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sarawak selasa, pada majlis itu, Rais yang ditemani isteri Datin Seri Masnah Rais, akan menyampaikan 10 buah komputer kepada rumah panjang tersebut dan 10 komputer riba kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Julau.

Rais akan turut mengadakan sidang skype antara rumah panjang itu dan Rh.Changgan di Ijit, Julau, tempat berlangsungnya perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya oleh timbalan beliau, Datuk Joseph Salang, yang juga anggota Parlimen Julau.

Pada majlis itu, 10 buah komputer juga akan diserahkan kepada rumah panjang berkenaan.

Program kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta pejabat Daerah Julau itu akan turut dimeriahkan dengan nyanyian oleh penyanyi popular tempatan selain persembahan kebudayaan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain