suria

Yayasan Rythm Derma RM126,000 Kepada Mangsa Banjir Pakistan

KUALA LUMPUR: Yayasan RYTHM telah menderma RM126,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pakistan.

Dalam satu kenyataan di sini Isnin, RHYTHM berkata wang akan disalurkan secara terus kepada projek "Banjir di Pakistan" Program Makanan Dunia.

Yayasan RYTHM ialah cabang tanggungjawab korporat antarabangsa (CSR) kepada QNet, iaitu sebuah syarikat jualan langsung global.

Pengarah QNet, Kuna Senathirajah berkata yang yayasan itu bercadang mengumpul RM1 juta untuk projek itu menerusi usaha dalaman global dengan memanfaatkan laman sesawang, blog, intranet, emel dan saluran media sosial yang lain.

Beliau berkata yang QNet mempunyai sejarah menyediakan bantuan kemanusiaan dan bencana. Bencana banjir di Pakistan setakat ini menyaksikan lebih enam juta orang memerlukan bantuan kecemasan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain