suria

Hanya Sebuah Bas Gagal Dalam Pemeriksaan Di Jalan Duta, Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Daripada 40 pemeriksaan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) ke atas bas-bas yang digunakan semasa perayaan Aidilfitri, hanya sebuah gagal mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Bas berkenaan mempunyai odometer rosak.

Pemeriksaan itu dijalankan di stesen bas Jalan Duta dan stesen bas sementara Bukit Jalil di sini hingga jam 4.00 petang ini, kata Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh selepas melawat kedua-dua stesen bas berkenaan.

Suret berkata berikutan pergerakan besar-besaran 'balik kampung' sempena sambutan Aidilfitri, jabatannya telah menjalankan pelbagai pemeriksaan ke atas kenderaan awam terutama bas ekspres, serta pemandu bagi menentukan keselamatan pengguna jalan raya. Beliau berkata Ops kali ini, iaitu yang ke-22, telah mencapai banyak penambahbaikan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain