suria

Trafik Di Sebelah Utara Sesak Di Beberapa Lokasi PLUS

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di beberapa lokasi di sebelah utara Lebuhraya Utara-Selatan mengalami kesesakan tengah hari ini berikutan jumlah kenderaan yang banyak serta kebakaran di Jambatan Pulau Pinang.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memberitahu Bernama lokasi terbabit ialah dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara dan dari Juru menghala ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang.

"Kejadian kabel elektrik terbakar di Jambatan Pulau Pinang juga menyebabkan laluan dari Pulau Pinang ke Perai dan dari Permatang Pauh ke susur masuk jambatan mengalami kesesakan," katanya.

Selain itu tarfik dari Behrang menghala ke Tapah dan Gopeng menghala ke Simpang Pulai juga sesak, katanya.

Di selatan, kesesakan trafik dilapor berlaku antara Skudai dan Kulai, selain di Nilai menghala ke Seremban, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain