suria

Dr Chan Enggan Ulas Rancangan Politiknya

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan enggan mengulas mengenai rancangannya pada pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Sebaliknya Timbalan Ketua Menteri itu berkata, segalanya terpulang kepada parti dan anggota bagi menentukan sama ada khidmatnya masih diperlukan atau tidak.

"Saya tidak akan menjawat jawatan saya melebihi waktu yang sepatutnya. Saya hanya akan kekal jika saya diperlukan," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada khidmat beliau masih diperlukan, Dr Chan berkata itu bukan keputusannya.

Beliau sebelum itu ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Piasau yang dimenanginya sejak 1983.

Dr Chan, 74, sebelum ini pernah dilapor berkata tidak akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang dan menyatakan beberapa pemimpin muda telah dikenal pasti berpotensi untuk menjadi calon bagi kerusi tersebut.

Kerusi itu sebelum ini dikenali sebagai Miri dan ditukar sebagai Piasau pada 1991. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain