suria

APMM Tawau Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 600Kg Gula Pasir

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menggagalkan satu cubaan menyeludup keluar 600 kilogram gula pasir ketika membuat rondaan di kawasan perairan Tawau, Sabtu.

Pegawai APMM Tawau Josliw Matjumping berkata gula berkenaan dirampas kira-kira pukul 11.45 pagi daripada sebuah bot jongkong yang dalam perjalanan ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik.

"Pemeriksaan ke atas sebuah bot jongkong mendapati bot itu telah melanggar arahan terbaru Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Tawau yang cuma membenarkan peruncit berlesen di Pulau Sebatik membawa 50kg gula ke pulau berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rampasan itu merupakan kes ke-18 tahun ini melibatkan jumlah rampasan gula pasir sebanyak 4,633kg setakat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain