suria

Chua Soi Lek Beri Keterangan Kepada Polis Berhubung Ucapan Berbaur Perkauman

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dipanggil memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwanya telah membuat ucapan berbaur perkauman baru-baru ini.

Ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Dr Chua berkata beliau memberi keterangan hampir dua jam di situ.

Katanya beliau turut menyerahkan teks ucapannya semasa Kongres Ekonomi Cina bulan lepas yang didakwa Perkasa berbaur perkauman kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pada kongres anjuran MCA itu, Chua dilaporkan menuntut agar ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Perkasa menerusi Timbalan Pengerusi Biro Undang-undangnya Amir Hassan, membuat laporan polis pada 18 Ogos lepas terhadap ucapan Chua itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain