suria

Trafik Di Km 303.6 Lebuhraya PLUS Perlahan Akibat Kemalangan

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di KM303.6 arah utara dari Tapah ke Gopeng, Perak mengalami kesesakan lalu lintas berikutan kemalangan membabitkan empat buah kereta di lorong kanan di laluan itu.

Seorang pegawai PLUSLine, iaitu talian maklumat PLUS Expressways Berhad, berkata kemalangan pada pukul 10 malam Rabu menyebabkan trafik bergerak perlahan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Selain itu, trafik juga turut bergerak perlahan di KM114.9 arah Bertam ke Sungai Petani, Kedah, berikutan sebuah kenderaan pacuan empat roda mengalami kerosakan di lorong kanan.

"Bagaimanapun, keadaan trafik di lain-lain kawasan di sepanjang lebuh raya itu masih terkawal," katanya.

Pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik sebelum merancang pulang ke kampung sempena Aidilfitri Jumaat ini boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain