suria

SALAM AIDIL FITRI...

SELAMAT Hari Raya Aidil Fitri penulis ucapkan kepada semua pembaca mStar Online. Ketika catatan ini dibuat, hari sudah pun jauh malam. Sudah tidak ada siapa lagi di pejabat. Semua staf telah kembali ke kampung halaman masing-masing.

Sekiranya sepanjang kewujudan kolum ini, penulis ada mencuit atau menyentuh hati sesiapa, penulis ingin memohon maaf.

Segala apa yang tercoret adalah dari hati seorang penulis. Tiada agenda tiada konspirasi dan tiada matlamat tersembunyi.

Semoga kita semua selamat kembali ke kampung halaman dan selamat kembali semula.

Jumpa lagi minggu hadapan. Dan jangan lupa dapatkan Mingguan mStar anda yang diterbitkan bersama Sunday Star setiap Ahad.

Edisi raya ini dipenuhi dengan pelbagai rencana dan berita menarik.

SALAM HORMAT DAN SALAM AIDIL FITRI...

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain