suria

Pusat Perlindungan Bagi Mangsa Kes Memperdagangkan Orang

MELAKA: Kementerian Dalam Negeri telah mewujudkan pusat perlindungan bagi menempatkan mangsa kes memperdagangkan orang sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal mereka, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata tiga pusat tersebut bagi mangsa lelaki terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Bekenu di Sarawak dan di Melaka.

Tiga buah pusat bagi mangsa wanita dan kanak-kanak pula yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terletak di Likas, Sabah dan dua di Kuala Lumpur termasuk satu yang khusus untuk kanak-kanak, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun dan kuih hari raya kepada petugas Pusat Perlindungan Memperdagangkan Orang di Tanjung Keling di sini malam Rabu.

Abu Seman berkata rumah perlindungan di Tanjung Keling yang mula beroperasi sejak 15 Ogos lepas kini menempatkan 68 orang mangsa yang terdiri daripada 33 warga Bangladesh, Sri Lanka (25), Vietnam (8) dan India (2). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain