suria

Pengawal Keselamatan Dituduh Bunuh Dua Rakan Sekerja Di Hospital Klang

KLANG: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Magistret Klang hari ini kerana dituduh membunuh dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini bulan lepas.

Abdul Aziz Miew Yong, 36, yang berasal dari Sabah dituduh membunuh P. Mailvaganam, 47, pada 27 Ogos 2010 di perkarangan meletak kereta hospital kerajaan itu pada pukul 5.45 pagi.

Dia juga dituduh membunuh S.Gunasilan, 22 pada waktu, tarikh dan tempat yang sama. Dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Abdul Aziz, yang memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Liew Horng Bin, tidak membuat sebarang pengakuan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Liew kemudian menetapkan 4 Nov sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain