suria

Laluan Ekspres KL-Kuala Selangor Dibuka April 2011

KUALA LUMPUR: Pembinaan Laluan Ekspres Kuala Lumpur-Kuala Selangor berjalan lancar, dan akan dibuka kepada orang ramai pada April 2011, kata Pengerusi Bina Puri Holdings Bhd Datuk Ir Wong Foon Meng, Selasa.

Projek RM958 juta yang dilaksanakan menerusi skim penswastaan kerajaan Malaysia berdasarkan kaedah bina-kendali dan pindah, dijayakan dengan kerjasama pemegang konsesi yang dipilih, KL-Kuala Selangor Expressway Bhd, sebuah syarikat sekutu dengan 50 peratus kepentingan ekuitinya milik Bina Puri.

"Pembinaan itu mengikut jadual dan akan diserahkan pada April 2011," kata Wong semasa ditanya mengenai kemajuan projek itu selepas majlis menandatangani perjanjian antara Bina Puri dan Medini Land Sdn Bhd. Setakat Mei 2010, pembinaan siap 60 peratus, katanya.

Laluan ekspres itu akan menyediakan hubungan strategik Timur-Barat dengan beberapa laluan ekspres sedia ada. Dalam perkembangan lain, Pengarah Eksekutif Bina Puri, Matthew Teh berkata kumpulan itu yakin memperoleh 10 peratus daripada RM4 bilion projek yang dibidanya.

Daripada projek yang dibida itu, 70 peratus merupakan projek tempatan, katanya. Kontrak semasa dalam tangan syarikat itu bernilai RM2.5 bilion. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain