suria

Kontinjen Polis Perak Anjur Majlis Raya Khas Rakan Cop Dan Facebook

IPOH: Kontinjen Polis Perak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri, khas buat anggota Rakan Cop dan Facebook pada 28 September ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata majlis ramah mesra itu akan diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di Jalan Sultan Azlan Shah di sini dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

"Majlis ini bertujuan mengeratkan ikatan persahabatan di antara masyarakat umum dan polis serta menyemarakkan semangat Hari Raya," katanya ketika dihubungi Rabu.

Beliau berkata majlis itu diharap akan membolehkan polis dan orang ramai berinteraksi serta saling bertukar pandangan secara langsung dalam usaha meningkatkan keselamatan dan kesedaran mengenai pencegahan jenayah.

Bagi memudahkan pengaturan majlis, mereka yang berkesempatan untuk hadir ke majlis itu diminta menghantar email terlebih dahulu untuk mengesahkan kehadiran ke alamat www.cop.perak

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain