suria

Dua Lelaki Didakwa Rompak Minuman Keras

SHAH ALAM: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu, atas tuduhan merompak pelbagai minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka, pada Hari Kemerdekaan lalu.

S. Prem Kumar dan N. Visnu, 29, didakwa merompak minuman tiga jenis botol besar Skol Beer, tiga botol besar Tiger dan tiga botol besar Special Brew serta sebotol kecil Guiness Stout.

Semua minuman tersebut berharga RM147.20.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 5.20 petang, 31 Ogos lalu di Kedai 7 Eleven, Jalan Meranti 2B, Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 13 Oktober depan.

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain