suria

Doakan Pasukan Keselamatan Bertugas Di Sempadan Selamat - Panglima ATM

RANTAU PANJANG: Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan sentiasa selamat dan cekal menjalankan tugas.

Beliau berkata peranan mereka amat besar kepada keselamatan negara dan menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan memastikan sempadan sentiasa terkawal daripada sebarang ancaman luar.

"Saya amat terharu dengan kecekalan pasukan kita bertugas di musim perayaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena lawatan ke Pos Tok O, bersempadan dengan Thailand di sini malam Selasa.

Azizan turut menyerahkan bungkusan kuih hari raya sumbangan Puspanita dan kerajaan Kelantan kepada pegawai dan anggota Rajimen Sempadan yang akan bertugas pada hari raya Aidilfitri nanti.

Sebelum itu beliau berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawaih bersama pegawai dan anggota yang bertugas.

Azizan berkata peranan tentera sekarang bukan sahaja memastikan keamanan negara kekal tetapi membantu pihak berkuasa lain dalam menghadapi ancaman penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain