Akibat Berlumba Seorang Terbunuh, Dua Parah Kemalangan - Semasa | mStar

Akibat Berlumba Seorang Terbunuh, Dua Parah Kemalangan

KANGAR: Perlumbaan dua buah kereta menyebabkan seorang maut manakala dua remaja yang tidak bersalah parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Km 3, Jalan Raja Syed Alwi, di sini tengah malam Selasa.

Jurucakap polis berkata yang terbunuh dikenali Kamal Quasar Omar, 24, iaitu pemandu salah sebuah kereta yang berlumba, manakala yang parah dikenali Qaweim Khairi dan Mohd Salman Shukri, kedua-duanya berusia 18 tahun.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, Kamal Quasar yang memandu kereta Proton Putra berlumba dengan sebuah Proton Satria yang dinaiki dua lelaki. "Ketika tiba di tempat kejadian, kedua-dua kereta yang berlumba itu cuba memotong sebuah Nissan Grand Livina yang berada di lorong kiri, bagaimanapun kereta yang dipandu Kamal Quasar terlanggar tayar kereta Grand Livina menyebabkan Proton Putra itu melambung ke haluan bertentangan dan menghempap kereta yang dinaiki Qawein dan Mohd Salman," katanya.

Kereta Proton Satria itu pula katanya, terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Kedua-dua lelaki dalam kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan, sementara Kamal Quasar tercampak keluar dari keretanya dan mati di tempat kejadian, manakala penumpang keretanya cedera ringan, katanya.

Jurucakap itu berkata pihak bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan Qawein dan Mohd Salman yang tersepit di dalam kereta mereka yang remuk teruk.

Mayat Kamal Quasar dan kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, manakala pemandu dan penumpang kereta Proton Satria ditahan bagi membantu siasatan, katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Supritendan Abdul Rahman Noordin ketika ditemui pemberita selepas itu mengesahkan kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain