suria

TNB Beli Elektrik Daripada Tiga Firma

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai perjanjian dengan tiga syarikat untuk membeli elektrik yang dijana menerusi projek tenaga boleh diperbaharui yang kecil.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat utiliti itu berkata TNB akan membeli elektrik daripada Garisan Etika (M) Sdn Bhd dan Maju Intan Biomass Energy Sdn Bhd bagi tempoh 21 tahun pada anggaran nilai sebanyak RM18.4 juta setahun.

TNB juga bersetuju membeli elektrik dari Felda Palm Industries (M) Sdn Bhd selama 21 tahun, dengan anggaran nilai sebanyak RM919,800 setahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain