suria

Tiga Tahanan Polis Lari Dari Lokap

KUCHING: Tiga lelaki, termasuk seorang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) 1969, berjaya meloloskan diri dari lokap sebuah balai polis di daerah ini pada awal pagi tadi.

Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai mengumpil jeriji besi dan meloloskan diri melalui bumbung bangunan itu dan hanya disedari oleh anggota polis yang membuat pemeriksaan lokap pada pukul 1.45 pagi tadi.

Tiga lelaki tersebut ialah seorang tahanan EO berusia 29 tahun, seorang pendatang tanpa izin warga Thailand berusia 38 dan seorang remaja berusia 18 tahun yang dtahan kerana terbabit dalam kes mencuri motosikal.

Menurut sumber polis, ketika kejadian, terdapat empat tahanan dalam lokap tersebut tetapi hanya tiga sahaja melarikan diri manakala seorang lagi enggan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong, yang megesahkan kejadian itu, berkata polis telah melancarkan operasi memburu ketiga-tiga suspek tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain