suria

Setiausaha Politik Ghani Othman Meninggal Dunia

NUSAJAYA: Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Dr Gunawan Mahmood, 51, meninggal dunia selepas mengadu sakit dada ketika sedang bertugas di pejabatnya petang Isnin.

Ketika kejadian, Datuk Ghani Othman turut berada di pejabatnya.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Sao'di Mat Atar memberitahu, Dr Gunawan telah berkhidmat dengan Ghani sejak dua tahun lalu.

"Semasa kejadian, Allahyarham mengadu sakit dada lalu berbaring di pejabatnya tetapi tidak lama kemudian Dr Gunawan sudah tidak bernyawa lagi," katanya.

Dr Gunawan meninggalkan isteri dan empat orang anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, Dr Gunawan meninggal dunia sebelum pukul 3 petang.

Katanya, jenazah Allahyarham telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain