suria

Rumah Terbuka Najib Dan Kabinet Di Seri Perdana Pada Raya Pertama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama jemaah menteri akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada raya pertama bertempat di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini dari 11.30 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, bagi memastikan kelancaran trafik, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma.

Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu berhadapan Sekolah Menengah Alam Shah, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Putrajaya Sentral.

Menurut kenyataan itu, sekiranya hari raya jatuh pada Jumaat, Perdana Menteri bersama menteri kabinet beragama Islam akan meninggalkan majlis pada 1 hingga 2 petang untuk menunaikan solat Jumaat.

Perkhidmatan bas juga disediakan bagi umat Islam lain yang hadir di rumah terbuka tersebut untuk menunaikan solat Jumaat.

Pada 18 Sept pula, Najib selaku Anggota Parlimen Pekan akan mengadakan rumah terbuka di Pekan dari 10 pagi hingga 2 petang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain