suria

Pejabat Akhbar Sinar Harian Dimasuk Pencuri

IPOH: Pejabat akhbar Sinar Harian cawangan Ipoh di Pusat Perniagaan Greentown di sini dimasuki pencuri malam tadi yang melarikan tiga komputer dan sebuah kamera berjumlah RM5,000.

Wartawan Rubiah Nordin, 32, berkata beliau menyedari kejadian itu pada 10 pagi tadi ketika masuk untuk bertugas dan mendapati tingkap belakang pejabat pecah. Beliau kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Pada 5 Ogos lepas, pejabat akhbar Tamil Nesan di Jalan Chua Cheng Bok di sini turut dimasuki pencuri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain