suria

LAP Buka Bilik Gerakan 24 Jam Sehari Selama Enam Hari Mulai Esok

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) akan membuka Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam sehari selama enam hari mulai esok bagi memastikan operasi pembekalan air kepada semua pelanggannya semasa musim perayaan Aidilfitri ini dikendalikan dengan baik dan berkesan.

Pengurusnya Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa berkata orang ramai yang menghadapi masalah bekalan air semasa musim perayaan ini boleh menghubungi Bilik Gerakan dengan menelefon 1 800 88 77 88 bagi mendapatkan bantuan mahupun sebarang penjelasan.

Beliau berkata LAP juga akan menyediakan kakitangan yang mencukupi bagi mengatasi sebarang masalah bekalan air, memandangkan permintaan bekalan itu sentiasa meningkat semasa musim perayaan terutamanya di kawasan perkampungan dan luar bandar.

Bercakap dalam satu persidangan akhbar di sini, Selasa beliau berkata LAP akan berusaha untuk memastikan semua pelanggan mendapat bekalan air yang mencukupi semasa musim perayaan.

Katanya beliau berharap orang ramai mengunakan air secara berhemah dan mengelak pembaziran di musim perayaan ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain