suria

Kereta Sosilawati Dan Peguamnya Ditemui Di Subang Jaya

KUALA LUMPUR: Dua buah kereta mewah dipercayai milik hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan seorang peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya malam tadi pada Isnin.

Difahamkan kereta terbabit iaitu BMW M5, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5series dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan sebuah rumah teres berdekatan sebuah hotel di sini, kira-kira 10 malam tadi.

Sehingga berita ini ditulis terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan.

Difahamkan kenyataan media berhubung penemuan dua buah kereta ini akan dikeluarkan pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penemuan kereta terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Akhbar semalam melaporkan Sosilawati, 44, gagal dikesan selepas dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain