suria

Bunuh Ustazah: Polis Tahan Jiran Bantu Siasatan

PORT DICKSON: Suspek berusia 34 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ustazah berusia 35 tahun dan anak anak lelakinya merupakan jiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, suspek yang sudah berkahwih ditahan di rumahnya di pangsapuri Taman Shahbanda bagi soal siasat.

Suspek ditahan reman sehingga Jumaat.

"Kami difahamkan bahawa suspek tidak bekerja dan kami sedang menyoal siasat dia bagi kes pembunuhan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Bagaimanapun Baljeet enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada mangsa mengalami kecederaan seksual.

"kami tak dapat pastikannya lagi kerana masih belum menerima laporan perubatan bagi kes ini. Saya harap supaya mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Mayat Norliza Ishak, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, yang dipercayai dibunuh pada Khamis lalu ditemui oleh rakannya setelah tidak hadir bertugas di Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson.

Ditanya berhubung dakwaan bapa mangsa, Ishak Mohd Isa bahawa wang tunai, komputer riba, dan telefon bimbitnya hilang daripada pangsapurinya, Baljeet berkata polis masih menyiasat perkara tersebut.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain