suria

Polis Kurangkan Kes Jenayah Ragut Di Ipoh

IPOH: Polis berjaya mengurangkan kadar jenayah ragut di bandar raya Ipoh sepanjang Jnuari hingga Ogos tahun ini dengan 76 kes dicatatkan berbanding 165 kes tempoh yang sama tahun lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, dalam tempoh yang sama juga, polis telah menahan lapan lelaki kerana terbabit dalam kes jenayah ragut dan sebanyak 23 kes berjaya diselesaikan.

"Pengurangan ini disebabkan peningkatan fokus kepada kawasan yang sering berlaku jenayah itu," katanya.

Ibrahim berkata sebanyak 24 kamera litar tertutup dipasang di kawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah.

Mengurangkan kadar jenayah jalan seperti ragut merupakan antara Bidang Keberhasilan Utama Negara yang ditetapkan oleh kerajaan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain