suria

Suami Ustazah Terkilan Tidak Sempat Kirim Hadiah Untuk Anak

TUMPAT: "Saya berhasrat untuk membuat kejutan kepadanya dengan memberi hadiah istimewa tetapi malangnya saya pula yang menerima kejutan yang menyedihkan," kata Mohd Yusof Awang Besar, bapa Amirul Ayman, 10, yang ditemuimatidibunuh bersama ibunya, di flat Jalan Sutera Lama, Port Dickson, Jumaat lalu.

Mohd Yusof, 37, yang ditemui di kediaman ibu bapa mertuanya di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang di sini berkata, beliau berjanji memberikan hadiah istimewa kepada anaknya itu kerana Amirul Ayman telah dua kali khatam al-Quran pada bulan Ramadan kali ini.

"Saya ada berpesan kepada anak saya yang dilahirkan di Kaherah, Mesir itu supaya rajin membaca al-Quran dan sembahyang pada sepanjang bulan Ramadan dan saya berjanji untuk memberinya hadiah.

"Bagaimanapun, saya tidak memberitahu hadiah yangbakal dikirimkan kerana ingin membuat kejutan kepadanya," katanyakepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahad.

Mohd Yusof yang menjalankan perniagaan restoran diKaherah berkata beliau sering berhubung dengan anaknya itu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) serta laman sosial Facebook, dan kali terakhir mereka bertemu ialah ketika menyambut Hari Raya Aidiladha dua tahun lalu.

"Walaupun saya melihat wajah Amirul Ayman setiap hari dalam Facebook, namun saya tetap merindui anak saya itu dan seperti tidak dapat menerima hakikat dia telah tiada dengan cara yang begitu," katanya.

Selain itu, beliau yang berasal dari Bachok berkata isterinya, Norliza Ishak, 35, menghubunginya pada 12.30 tengah hari Khamis lepas untuk memintaizin mengeluarkan sejumlah wang dari bank bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Isterinya turut menyatakan hasrat membeli pakaian raya untuk adik-adiknya sebelum pulang ke kampung semalam.

"Semasa bercakap melalui telefon, isteri saya tidakmenunjukkan perubahan ketara, tetapi suaranya agak sayu. Kali terakhir berjumpa dengan isteri saya ialah pada Junlalu ketika beliau mengunjungi saya di Kaherah, tetapi tidak membawa Amirul Ayman," katanya.

Mohd. Yusof yang kesal dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu merayu pihak polis supaya menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan segera dan memberkas penjenayah kejam terbabit.

"Kalau nak menyamun, ambil sahaja barang yang ada dalam rumah itu, janganlah bertindak zalim membunuh duaberanak yang tidak bersalah itu, diharap penjenayah itu akan dibawa ke muka pengadilan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain