suria

Rondaan Bersama Ketika Umat Islam Pulang beraya

PETALING JAYA: Polis Selangor menyeru anggota masyarakat yang tidak menyambut Aidilfitri supaya bersama-sama mengawal kawasan kediaman di tempat mereka semasa musim perayaan tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata program "Balik Kampung Bersama Rakan Cop, Perjalanan Selamat, Rumah Terjaga" itu bertujuan mengawasi kegiatan jenayah dan kecurian semasa orang ramai balik berhari raya ke kampung halaman masing-masing.

Aktviti tersebut akan dijalankan di kawasan perumahan seperti di Damansara, Puchong dan Seri Kembangan, katanya.

Beliau berkata menerusi program yang sama semasa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas, ia berkesan dalam membanteras kegiatan jenayah.

"Inilah yang kita cuba lakukan dalam komuniti polis untuk mencegah jenayah. Dengan penglibatan orang awam, semangat kemasyarakatan dapat dipupuk selain dapat mengurangkan kadar jenayah," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain