suria

Reman Pengawal Keselamatan Dilanjut Seminggu Lagi

KLANG: Perintah reman ke atas seorang pengawal keselamatan yang dipercayai menembak mati dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini minggu lepas, dilanjutkan seminggu lagi bermula Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan perkara itu ketika dihubungi di sini. "Polis akan mengemukakan kertas siasatan berhubung kes berkenaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya selewat-lewatnya Selasa ataupun Rabu ini bagi tujuan pendakwaan," katanya.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan selepas dipercayai menembak mati P. Mailvaganam , 47, dan S. Gunasilan, 22, di tempat letak kereta warga HTAR dalam satu kejadian pukul 5.30 pagi pada 27 Ogos lepas.

Dia sebelum ini ditahan reman tujuh hari bermula 28 Ogos. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain