Kenderaan Berat Dilarang Guna Jalan Raya 8, 9, 18 dan 19 September - Semasa | mStar

Kenderaan Berat Dilarang Guna Jalan Raya 8, 9, 18 dan 19 September

SEREMBAN: Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak pada 8, 9, 18 dan 19 Sept ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hasan berkata larangan itu dikuatkuasa untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk pulang ke destinasi masing-masing sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Perkara ini kita telah maklumkan kepada pengusaha kenderaan berat dan kita harap mendapat kerjasama yang baik daripada mereka," katanya pada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Sikap ke-22 di Terminal 1 di sini, Jumaat.

Katanya kenderaan barangan yang dilarang menggunakan jalan raya pada hari tersebut ialah lori balak, lori pengangkut bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu, pasir dan tanah.

Katanya turut dilarang menggunakan jalan raya dalam tempoh tersebut ialah lori pembancuh simen dan jentera berat seperti kren dan trak pelantar. Bagaimanapun, beliau berkata sepanjang tempoh tersebut bagi lori kontena atau kargo yang membawa barangan elektronik dan elektrik dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

"Manakala lori pembancuh simen, kren bergerak serta lori pengangkut batu dan pasir dibenarkan beroperasi daripada jam 6 pagi hingga 6 petang di sekitar kawasan Lembah Klang dan kawasan Bandaraya Johor Baharu, Georgetown, Ipoh dan Kuantan sahaja. Tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan-jalan tersebut," katanya.

Solah berkata lori yang mengangkut gas dan kimia untuk bekalan perubatan dan industri kimia, lori minyak pengangkut bahan bakar dan lori kargo yang membawa bahan keperluan harian seperti makanan tidak dikenakan sekatan.

Katanya kenderaan berat yang turut tidak dikenakan sekatan ialah lori kontena atau kargo dari dan ke lapangan terbang atau pelabuhan, lori mengangkut sampah dan bahan kumbahan, lori kecil di bawah 5,000 kg dan jentera yang terlibat dalam kerja-kerja kecemasan dan menyelamat.

"Pengusaha-pengusaha lori dinasihatkan membuat persiapan awal untuk mengelak sebarang masalah semasa larangan kenderaan berat di jalan raya itu dikuatkuasakan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Mansuh UPSR Dan PMR Selepas Raya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain