suria

Tiada Akaun Facebook Baru - Dr Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menjelaskan bahawa beliau tidak membuka atau memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menguruskan akaun laman sosial, Facebook, buat dirinya.

Dr Chua berkata beliau hanya mempunyai satu akaun Facebook dan telah berhenti mengendalikannya serta menutup akaun berkenaan selepas ia digodam.

Namun, kata beliau terdapat sekurang-kurangnya empat akaun Facebook palsu atau tidak rasmi dibuka menggunakan namanya.

"Satu pengumuman rasmi akan dibuat sekiranya saya membuka satu akaun baru (laman sosial) untuk diri saya," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Dr Chua amat kesal melihat ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan media jaringan sosial seperti Facebook untuk mewujudkan akaun palsu tokoh-tokoh politik dan orang kenamaan bagi menyebarkan pembohongan dan khabar angin.

"Saya mengutuk perbuatan menyebarkan pembohongan serta khabar angin dan mengalu-alukan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pereka akaun Facebook palsu dan tidak rasmi yang berniat jahat," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain