suria

Kakitangan Unisel Dapat RM500

PETALING JAYA: Kakitangan Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal mendapat durian runtuh berjumlah RM500 menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Presiden dan Naib Canselor Unisel, Datuk Dr Rosti Saruwono dalam satu kenyatan pada Jumaat berkata, Lembaga Pengarah Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) telah meluluskan pemberian bantuan khas kewangan tersebut kepada kakitangan universiti berkenaan yang layak.

"Bantuan berkenaan yang berjumlah RM500 akan diberikan kepada kakitangan yang bergred 54 dan ke bawah berdasarkan beberapa syarat.

"Pertamanya staf yang masih berkhidmat sehingga 31 Ogos serta staf yang berjawatan tetap, kontrak atau staf pentadbiran sambilan," katanya.

Selain itu menurut beliau, kakitangan yang bebas daripada tindakan tatatertib juga layak menerima bantuan khas berkenaan.

Tambah beliau, bagi kakitangan yang berkhidmat kurang daripada tempoh satu tahun, kiraan akan dibuat secara pro rata mengikut genap setiap bulan perkhidmatan dalam tahun 2010.

Artikel Berikut

Artikel Lain