suria

DAP Pecat Hock Siew, Gantung Keahlian Chai Huat

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin DAP pada Jumaat memecat Pengerusi DAP Cawangan Pasar Pandamaran, Yap Hock Siew manakala Timbalannya Ong Chai Huat digantung keahlian selama dua tahun kerana didapati bersalah mengeluarkan surat sokongan yang memberi faedah kepada satu perniagaan yang kedua-duanya mempunyai kepentingan.

Yap dan Ong didapati bersalah mengeluarkan surat sokongan menggunakan kepala surat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negei Selangor (Pandamaran) untuk tujuan berkenaan pada 17 Jun lalu.

"Mereka mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, DAP memecat seorang pemimpin akar umbi, Tee Boon Hock, yang ketika itu anggota Majlis Perbandaran Klang.

Dia dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan menggunakaan kepala surat seorang anggota Exco kerajaan Selangor, bagi mendapatkan kontrak untuk anggota keluarga dan rakan-rakannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain