suria

Seorang Tahanan ISA Dibebaskan

KUALA LUMPUR: Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI) Malaysia, dibebaskan setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Shamsuddin Sulaiman, 40, berasal dari Masai, Johor, ditahan di bawah akta tersebut sejak 13 Jun 2002, kata Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Katanya pembebasan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tahanan berkenaan merupakan anggota JI yang ditangkap pada 17 April 2002, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain