suria

Ketua Masyarakat Tidak Jalankan Tugas Digugurkan - Dr Chua

MELAKA: MCA akan meneliti dengan lebih ketat peranan dan pencapaian ketua masyarakat di Kampung-kampung Baru di seluruh negara bagi mencapai objektif meningkatkan perkhidmatan golongan itu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu akan meneliti prestasi ketua berkenaan dan mereka yang tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan akan digugur dan diganti dengan yang lebih berdedikasi.

"Ketua masyarakat juga diminta bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan memberi layanan baik kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan parti yang disokong mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Kecil (JKK) dan Jawatankuasa Kecil Persekutuan (JKKP) bagi Kampung Baru, Kampung Bagan dan Kampung Rangkaian bagi negeri Melaka dan Johor di sini, Khamis.

Menurut Dr Chua ketua masyarakat perlu memahami aspirasi anak buah mereka dalam memenuhi harapan dan tuntutan untuk terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Dari segi parti MCA, kami akan pastikan mereka yang dipilih sebagai ketua JKK sentiasa mesra dan mendampingi rakyat," katanya.

Terdapat lebih 600 ketua JKK dan JKKP di seluruh negara, sama ada dilantik oleh parti atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain