suria

Kaunter Jabatan Imigresen Ditutup Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Kaunter cawangan Jabatan Imigresen di seluruh negara akan ditutup selama tiga hari mulai 10 September ini sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata, semua kaunter cawangan itu juga tidak akan beroperasi pada Sabtu dan Ahad ini (4 dan 5 September), serta pada 18 dan 19 September bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Labuan, Sarawak dan Sabah.

Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, kaunter Imigresen akan ditutup pada Jumaat dan Sabtu ini, serta pada 17 dan 18 September depan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan diminta menghubungi Bilik Gerakan, ibu pejabat Imigresen di Putrajaya di talian 03-8880 1555 atau 03-8880 1556, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain