suria

Pesara Tentera Ditahan Miliki Dua Raifal Angin

JOHOR BAHARU: Seorang pesara tentera ditahan Jumaat lepas kerana didakwa memiliki dua raifal angin.

Lelaki berusia 50 tahun itu, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, ditahan pada 11.30 malam selepas anggota polis menyerbu rumahnya di Jalan Gunung Ledang, Kampung Relau di Tangkak berikutan maklumat awam.

"Pesara tentera ini ditahan reman sehingga 2 September untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini, Isnin.

Mokhtar berkata pesara itu menyimpan raifal tersebut sebagai perhiasan sahaja namun ianya merupakan satu kesalahan jika tidak mempunyai sebarang permit.

Dalam kes lain, polis menjumpai sepucuk pistol Colt Super Automatic .22 di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Panchor, Bukit Pasir, Muar, pada Sabtu lepas. - BERNAMA

Artikel Lain