suria

TPM Buka Puasa Bersama Anggota Mubarak

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berbuka puasa bersama veteran Umno dan anggota-anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), di kediaman rasminya, Seri Satria, di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah dua anggota Majlis Tertinggi Umno iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi serta barisan Exco Pemuda dan Wanita Umno.

Majlis berbuka puasa itu dituruti dengan solat Maghrib dengan berimamkan Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada 68 pelajar Sekolah Tahfiz Umul Qura', Jalan Kebun, Klang.

Timbalan Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Isyak dan diikuti solat sunat Tarawih bersama kira-kira 1,000 tetamu yang hadir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain