suria

Rumah St Nicholas Di Pulau Pinang Antara Penerima Pertama ISO 9001:2008

GEORGE TOWN: St Nicholas Home, sebuah institusi bagi golongan cacat penglihatan, muncul sebagai antara organisasi pertama seumpamanya yang menerima pensijilan ISO 9001:2008 kerana sistem perkhidmatan berkualiti daripada European Quality Assurance.

Rumah berkenaan, yang terletak di Jalan Bagan Jermal, diberi pensijilan itu berikutan peruntukan latihan dan perkhidmatan untuk golongan buta serta cacat penglihatan.

Pengarah eksekutifnya, Daniel Soon, berkata anugerah itu akan membolehkan lebih banyak penderma terus memberi sumbangan kepada rumah berkenaan.

"Kami berbangga dengan anugerah ini kerana ia akan membuktikan bahawa setiap sen yang didermakan akan digunakan secara bijak dan didokumentasi," katanya di sini, Sabtu.

Soon berkata persiapan untuk mendapat pengiktirafan ISO itu mengambil masa kira-kira tiga tahun dan beliau menjangkakan St Nicholas Home akan memperoleh satu lagi ISO bagi pentadbiran menjelang hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh menyerahkan sijil kepada pengerusi rumah itu, Rt Rev Andrew Phang See Yin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain