Doa Khutbah: Nama Guan Eng Terus Disebut - Semasa | mStar

Doa Khutbah: Nama Guan Eng Terus Disebut

PETALING JAYA: Kontroversi penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat terus berlanjutan apabila sebuah lagi masjid di negeri itu mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Terbaru, nama Setiausaha Agung DAP itu sekali lagi disebut dalam bacaan doa khutbah kedua di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworh semalam.

Justeru Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang diwakili Naib Ketua Pemuda Umno negeri, Ir. Shaik Hussein Mydin pada Sabtu membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth berhubung isu berkenaan.

"Saya menerima laporan bahawa semalam (Jumaat) di Masjid Jamek Kubang Buaya, khatib yang membacakan khutbah iaitu ustaz Zakaria Ahmad memang tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong sebaliknya menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Turut tampil menjadi saksi bagi menyokong laporan berkenaan ialah tiga ahli kariah Masjid Jamek Kubang Buaya.

Mereka ialah Mohd Radzi Husin, Mohd Fahmi Omar dan Mohd Shahril Harun.

Menurut Shaik Hussein, ketiga-tiga ahli kariah masjid berkenaan terkejut apabila nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan juga nama Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas tidak disebut seperti kebiasaannya.

"Saya amat kesal mengenai perkara ini. Walaupun isu berkenaan telah heboh diperkatakan di media, namun pihak-pihak berkenaan tetap tidak mengendahkannya," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan.

Tambah Shaik Hussein, antara kandungan doa kedua khutbah Jumaat itu berbunyi: "Ya Allah selamatkan pemimpin kami Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

Kelmarin, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat baru-baru ini.

Menurut Ahmad Zahid, masjid terlibat adalah Masjid Jalan Baru di Seberang Prai Tengah yang dilakukan pada 13 Ogos lalu; Masjid Padang Menora, Seberang Prai Utara (25 Jun); Masjid Permatang Binjai, Kepala Batas, (26 Februari); Masjid Jelutung, Georgetown dan Masjid Pengkalan Tambang, Permatang Pasir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?