suria

Pengusaha Pasir Melayu Buat Laporan Polis Dakwa KSSB Gagal Timbus Tujuh Kolam

SHAH ALAM: Jawatankusa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS), pada Jumaat membuat laporan polis berhubung kegagalan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menimbus kembali tujuh kolam di kawasan lombong pasir berdekatan Hulu Langat dan Kuala Langat.

Pengerusi JBPPPMS, Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin, berkata bayaran royalti sebanyak RM6 yang dikutip KSSB daripada pengusaha pasir bagi setiap tan pasir yang diambil, untuk menimbus kembali kolam berkenaan tidak berlaku sehingga kini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira pukul 3 petang Jumaat, Tengku Shaiffuliazan menjangka RM4 juta diperlukan untuk menimbus kembali semua kolam di kawasan berkenaan. -BERNAMA

Artikel Lain