suria

Gerakan Gesa Belia Terus Kukuhkan Perpaduan Melalui Gagasan 1Malaysia

TAWAU: Naib presiden Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah menggesa golongan belia supaya terus mengukuhkan perpaduan melalui gagasan 1Malaysia demi kebaikan negara ini.

Katanya perpaduan yang boleh diwujudkan melalui kerjasama erat di kalangan pelbagai kaum dan keturunan itu amat penting bagi memastikan negara terus aman dan berkembang maju.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama guru, pelajar serta ibubapa di sebuah sekolah agama di Bombalai di sini.

Liew turut menyampaikan bahan makanan dan pakaian kepada pelajar dan warga tua yang disumbangkan Pemuda Gerakan di majlis itu. Beliau juga meminta belia supaya mendalami pengetahuan agama masing-masing kerana nilai agama mampu melahirkan generasi belia yang baik serta amat diperlukan oleh negara.

"Ajaran agama mampu menanamkan nilai-nilai mulia dalam diri belia," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain