suria

Warga Aceh Miliki Ganja Dihukum Penjara, Sebat

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang pembantu kedai runcit dari Aceh, Indonesia menjalani hukuman penjara selama lapan tahun kerana memiliki 207 gram ganja, empat bulan lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad yang menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah Yusri Muhammad Syah pada Khamis, turut memerintahkan agar dia disebat sebanyak 10 kali.

Hukuman penjara diarahkan berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu 27 April lalu.

Tertuduh didakwa memiliki dadah itu pada pukul 4 petang, hari yang sama di Kedai Runcit Badek Maju Enterprise, Lot 2790, Bukit Naga, Seksyen 32, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamalia Yahdi manakala tertuduh diwakili peguam Ab Kadir Ismail.

Artikel Lain