suria

Star RFM Siasat DJ Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Satu siasatan dalaman sedang dilakukan oleh Star RFM Sdn Bhd ke atas hos radio 988, Jamaluddin Hassan yang kini tidak dibenarkan ke udara ekoran terlibat dalam rancangan yang dianggap ofensif yang disiarkan stesen itu.

Menurut Pengerusinya, Datin Linda Ngiam, siasatan itu juga meliputi operasi kakitangan yang bertanggungjawab ke atas stesen berkenaan.

"Kita anggap ini satu perkara yang serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepadaa pemberita di sini Khamis.

Terdahulu dalam satu kenyataan pada Khamis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 18 Ogos, semalam kepada 988 berkaitan kandungan yang disiarkan di stesen radio itu yang dianggap ofensif.

Dilahirkan di Beijing, China dan fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Jamaluddin, yang lebih dikenali sebagai "Jiama" di kalangan peminatnya, menjadi hos program pagi Cina yang popular "Say Hi to Malaysia" di stesen itu dari Isnin hingga Jumaat sebelum diminta "bercuti" pada petang semalam setelah stesen itu menerima sepucuk surat berkenaan daripada SKMM.

FM98.8 adalah sebuah daripada tiga stesen yang dimiliki The Star Publications (M) Bhd menerusi Star RFM Sdn Bhd.

Artikel Lain