suria

Perkasa Buat Laporan Polis Berhubung Kenyataan Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini yang didakwanya berbaur perkauman apabila mempersoalkan sistem kuota ekuiti bumiputera.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Perkasa Pusat Amir Hassan, yang turut diiringi kira-kira 20 anggota Perkasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 2.30 petang tadi.

Pada Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA pada Sabtu lepas, Chua menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat. - BERNAMA

Artikel Lain