suria

Pemilik Bengkel Maut Dihempap Van

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik bengkel membaiki kenderaan terbunuh selepas sebuah kereta melanggar van yang sedang dibaiki mangsa di bengkelnya di Jalan Sungai Besi, di sini.

Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 50-an mengalami kecederaan parah di kepala apabila van berkenaan menimpanya.

Menurut sumber, seorang pekerja berbangsa India secara tidak sengaja melanggar van tersebut ketika sedang mengalihkan Perodua Kenari milik seorang pelanggan.

Katanya, pemilik bengkel yang sedang membaiki van itu meninggal dunia serta-merta apabila dihempap kenderaan berkenaan yang menimpanya akibat impak pelanggaran.

"Pekerja terbabit mungkin tidak mempunyai banyak pengalaman memandu dan gagal mengawal kereta tersebut.

"Dia melarikan diri sebaik kejadian berlaku," tambahnya. - BERNAMA

Artikel Lain