suria

Ratu Elizabeth Beri Penghargaan Kepada Peguam Malaysia Kerana Kerja Masyarakat

MELBOURNE: Apabila seorang peguam Malaysia Lim Chuen Ren tiba di sini pada 1988, beliau terkejut dengan masyarakat Asia, khasnya Cina, tidak mempunyai banyak sumber kewangan dan adalah mahal untuk membeli keluaran produk Asia.

"Australia menghadapi kelembapan ekonomi dan isu penghijrahan rakyat Asia mendapat perhatian besar," kata Lim, 61, yang mempunyai sebuah firma undang-undang yang berjaya di tengah-tengah pusat perniagaan daerah itu di sini.

"Ia juga apabila John Howard (kemudian menjadi perdana menteri) terpaksa berhadapan dengan perdebatan untuk menentang penghijrahan rakyat Asia. Dan seperti biasa ada contengan dan kata-kata mengcerca 'pergi balik rakyat Asia', di tembok," katanya memberitahu Bernama.

Terpanggil untuk menyelesaikan masalah itu, Lim yang dilahirkan di Perak membantu menubuhkan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Victoria, dan menjadi setiausaha pengasasnya.

Beliau kemudian menjalankan Program Keusahawanan Cina bertujuan mempromosikan pertumbuhan dan perniagaan peniaga-peniaga baru Cina dengan menyesuai padankan pengalaman usahawan yang berpengalaman, dan dalam pada masa yang sama menyediakan mentor dan kepimpinan.

"Pada masa itu, kita terpaksa perjuangkan masyarakat Asia dan membantu (anggota-anggota) masyarakat Asia, yang selalunya tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, mengendalikan isu ini," kata beliau.

"Kita adakan mesyuarat dengan kerajaan, dan pihak berkuasa Australia berminat untuk menangani dan membantu masyarakat tersebut," tambahnya Lim aktif dalam mempromosikan perdagangan antara Malaysia dan Australia menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida).

Pada Jun lepas, Ratu Elizabeth dari Britain menganugerahkan beliau dengan Pingat the Order of Australia (OAM) kerana khidmatnya dalam perdagangan dan masyarakat Cina Victoria.

Lim, yang memulakan persekolahannya di St Anthony's School di Teluk Intan, Perak dan kemudian mengikuti pengajian undang-undang di University of Singapore, merupakan salah seorang peguam yang mula-mula mempromosikan timbangtara kepada Majlis Peguam Malaysia.

"Saya perkenalkan timbangtara kepada Catherine Eu, yang ketika itu ketua eksekutif Majlis Peguam Malaysia," katanya yang masih terus memberikan khidmat timbangtara kepada masyarakat. - BERNAMA

Artikel Lain