suria

Pornthip Sambung Keterangan

SHAH ALAM: Pakar Forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan hadir di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 8.55 pagi, Rabu untuk menyambung keterangannya dalam inkues siasatan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

Pornthip yang terkenal dengan gelaran 'dr kematian' diiringi 2 pengawal dan ketibaannya disambut dengan tepukan dari orang awam yang berada di mahkamah.

Dr yang terkenal dengan fesyen rambut warna-warni hadir bersama peguam Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai.

Turut berada di mahkamah untuk mendengar keterangan pornthip ialah adun pandamaran, Ronnie Liu, Ng Suee Lin (Sekinchan) dan Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor).

Peguam Karpal Singh tiba bersama Lim Kit Siang pada pukul 9.15 pagi. Pornthip mengangkat sumpah dalam Bahasa Inggeris pada pukul 9.30 pagi.

Dr Pornthip sekali lagi mengekalkan pendiriannya bahawa kematian Teoh Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri.

Beliau juga masih mengekalkan pendapatnya bahawa berlaku kecederaan pada Teoh sebelum jatuh. Dalam keterangannya, beliau juga tidak dapat mengesahkan jika Teoh sedar semasa jatuh.

Jika benar terdapat nota bunuh diri ditinggalkan, Pornthip berpendapat adalah penting untuk siasatan dilakukan. Antara siasatan ialah DNA, cap jari dan cap tangan serta analisis tulisan tangan.

Artikel Lain