suria

Pelajar Baru UMT Sertai Program Survival Laut

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program "Survival Laut dan Penghayatan Warisan" bertempat di Pulau Bidong selama dua hari satu malam, kepada pelajar barunya.

Ketua Pusat Kokurikulum Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Awang Koding Che Tom berkata, sepanjang 11 sesi program yang bermula 18 Julai dan berakhir 6 Ogos lalu itu berlangsung, seramai 1,970 pelajar baru UMT diberi peluang mempelajari kemahiran asas ketika berada di laut.

"Pelajar baru ini didedahkan dengan pelbagai pengetahuan termasuk berenang, memancing, memasang khemah, berkayak, dan aktiviti snokerling.

"Mereka juga didedahkan dengan aktiviti 'Jejak Warisan' iaitu pelajar dibawa ke trek berbukit yang pernah menjadi tempat bermastautin sementara ribuan pelarian orang hanyut Vietnam dari 1975 sehingga 1990," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Peluang itu sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri memandangkan masih terdapat banyak lagi peninggalan orang hanyut di Pulau Bidong, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain