suria

PBB Mesti Diperkukuhkan Hadapi Cabaran Kontemporari

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berusia 65 tahun mestilah diperkukuhkan untuk menghadapi cabaran kini, kata setiausaha agung Model Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (GMUN), Estaban Ramirez-Gonzalez.

Beliau berkata, pengukuhan adalah penting untuk pertubuhan itu kerana isu global memberikan kesan di seluruh negara dan rantau yang tidak boleh diuruskan oleh hanya sebuah kerajaan, institusi atau campuran.

"Saya fikir agak jelas bahawa pembaharuan PBB merupakan keutamaan untuk pertubuhan. Ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pembaharuan institusional yang ada agenda sebelum ini.

"Tetapi ini sangat sukar, kerana sukar untuk mengumpulkan kepentinga negara yang berlainan dalam perjanjian yang perlu dilakukan. Yang lain untuk mempromosikan nilai-nilai landasan yang berbeza mengenai cara negara bekerjasama, dan itulah kami lakukan di sini," katanya pada luar Persidangan GMUN 2010 di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa kerjasama berkesan dan menerusi kerjasama yang penting, dialog dan persefahaman rentas budaya masih kekal.

"Rundingan merentasi semua bidang meliputi perdagangan dan perlucutan serta perubahan iklim menghadapi kebuntuan, pembaharuan PBB nampaknya tidak dapat dicapai dan masalah sosio-ekonomi yang kian bertambah, beban pencegahan penyakit dan konflik keganasan terus melanda jutaan nyawa," kata beliau.

Beliau berkata, sebarang penyelesaian berkesan dan selamanya dalam menghadapi cabaran besar ini mestilah berdasarkan harapan yang signifikan untuk usaha-usaha global yang jelas.

"Hanya dengan dasar multilateralism yang diperbaharui, yang terangkum dan benar-benar global dalam amalan dan skop, kita boleh menggerakkan potensi kemanusiaan dalam budaya dan tradisi agama yang berlainan.

"Hanya dengan dasar ini, kini akan mencapai kemajuan dalam banyak bidang dan rundingan yang masih belum diselesaikan," kata beliau.

Persidangan bertemakan "Ke Arah Gabungan Tamadun: Marapatkan Budaya untuk Mencapai Keamanan dan Pembangunan" anjuran Jabatan Penerangan Awam PBB yang disertai 360 penuntut universiti dari 58 negara anggota PBB termasuk 62 orang dari Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain