suria

MB Perak Pandang Serius Dakwaan Wujud Buku Perlembagaan Baru

LUMUT: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan dakwaan bahawa ada pihak telah menyediakan "perlembagaan baru" bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara yang perlu dipandang serius.

"Ini isu yang cukup besar dan tidak boleh dipandang ringan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Fakir Miskin, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pulau Pangkor pada hari Isnin.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang mendakwa mengenai wujudnya "perlembagaan baru" yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Menteri Besar bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga berpeluang membaca sendiri dokumen yang dikatakan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain